السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُهُ
Showing posts with label dinar. Show all posts
Showing posts with label dinar. Show all posts

Friday, 1 July 2016

Kejatuhan Matawang Islam Ketika Empayar Othmaniah




KEJATUHAN TOTAL EMPAYAR OTHMANIAH & KAITANNYA DENGAN BANK DAN HUTANG

Sejarah jatuh bangunnya Islam ada agenda tersembunyi yang perlu kita fahami, samada untuk mengelakkan kejatuhan atau mahu membangunkannya semula.
Bedah sejarah kali ini menyorot kembali kronologi kejatuhan Empayar Othmaniah dan kaitannya dengan bank dan hutang. Bagus dibaca oleh para pegawai negara dan ibubapa. Jika tidak faham sekali, silalah diulang baca semula.
Sepanjang kurun ke 19 berlaku proses perindustrian dan elektonik di Eropah. Ianya bukan satu proses semulajadi, tetapi satu perancangan pihak tertentu untuk mengaut keuntungan. Apa yang terjadi ? Kemajuan teknologi membawa saudara kembar yang menjadi 'protokol atau prosedur' bersama-samanya, iaitu bon-bon, sekuriti, wang kertas dan lain-lain instrumen kewangan.
Bermula dari projek pembinaan keretapi yang memerlukan modal yang besar, cara pembayaran Islam tidak lagi boleh dipakai. Mereka mensasarkan Turki sebagai pusat pemerintahan dan Mesir sebagai pusat intelektual Islam. Cara perniagaan atau muamalat Islam mesti diketepikan. Keputusan para Ulamak dalam hal-hal perniagaan tidak diperlukan lagi.
Sebelum itu umat Islam menguasai bidang perniagaan dan perdagangan. Masyarakat Yahudi dan Nasrani membayar jizyah bagi keselamatan mereka dan dibenarkan tidak ikut serta dalam urusan ketenteraan dan keselamatan negara.
Pekara yang sebaliknya berlaku selepas tugasan penyusunan semula masyarakat diserahkan kepada Bankers Yahudi, kononnya untuk memodenkan Khilafah Othmaniah. Orang Yahudi dan Kristian menjadi TUAN (Masters) yang kaya raya sedangkan rakyat Khilafah pula menjadi miskin.
Seterusnya Sultan Mahmud II pula buat silap. Beliau membentuk Tentera Diraja bermodelkan tentera British. Tentera jihad yang bermodalkan tauhid diganti dengan tentera ‘bergaji’. Sistem demokrasi diperkenalkan. Jawatan Wazir Besar diganti dengan Perdana Menteri. Cukai dinaikkan.
Kemudian Tanzimat (reformasi) diperkenalkan pada tahun 1839 oleh Sultan Abdul Mecit. Sistem Kerajaan Tempatan digantikan dengan model Perancis. Ini menyebabkan sistem perniagaan Bazaar juga khidmat masyarakat melalui waqaf yang dipanggil ‘imaret’ dan ‘millet’ (majlis perlindungan bagi golongan minoriti) tidak lagi berfungsi .
Pendidikan dua aliran diperkenalkan, iaitu tradisional dan sekular yang bertulang belakangkan stok, bon dan lain-lain institusi kewangan moden. Penjajahan ini berlaku secara tidak sedar atas nama ‘memodenkan’ empayar Othmaniah.
Undang-undang Islam ke atas status ahlu Zhimmah dihapuskan. Reformasi Tanzimat memfokuskan kepada pemusatan pentadbiran (administrative centralization) menggantikan sistem Autonomi Amiriah tempatan.
Tiga wazir yang menjayakan tanzimat ialah Rechid, Ali dan Fuad Pasha. Mereka bersahabat baik dengan banker Yahudi bernama Camondo. Mereka menghabiskan banyak masa mereka di Paris mempelajari teknik permodenan barat. NASIHAT DARI FINANCIAL PLANNER YAHUDI diperlukan bagi memodenkan empayar.
Kebanyakan orang Yahudi di Istanbul tinggal di Galata. Isaac Camondo menubuhkan Bank Camondo pada tahun 1802. Saudaranya Abraham-Salomon Camondo menggantikannya pada tahun 1832. Kerana sumbangannya yang besar kepada agenda reformasi tanzimat beliau dianugerahkan "Nishan-I Iftihar" dan menjadi Komander Mejidiye pada tahun 1849.
Pada tahun 1842 wang kertas KAIMA diperkenalkan menggantikan Dinar dan Dirham. Ini membawa kepada penguasan banker YAHUDI ke atas kedaulatan khilafah. Secara tidak sedar, para banker ini dijemput untuk mencipta system kewangan moden berunsur riba melalui bon, kredit, saham dan pengeluaran wang kertas yang dikuasai banker Yahudi. Reformasi kewangan ini memberi mereka peluang untuk membuka bank-bank baru.
Pada tahun 1845 Kerajaan Othmaniah bersama Mm. Alleon dan Theodore Baltazzi menubuhkan Bank of Constantinople bagi tujuan memberi pinjaman kepada kerajaan.
Perang Krimea memberi peluang kepada banker Yahudi berkembang dalam empayar Othmaniah. Ini kerana kerajaan memerlukan dana untuk peperangan. Bank memberi pinjaman dengan interest.
Ottoman Bank ditubuhkan pada tahun 1856. Ia menjadi satu langkah kepada penubuhan bank pusat dengan dana dari luar dengan jumlah 500,000 Pound Sterling. Transformasi modal persendirian kepada Bank Pusat membawa kepada system kuasa berada di tangan para pemilik banker Yahudi Antarabangsa.
Keluarga Rothschilds yang terlibat dalam penubuhan Federal Reserve USA juga turut terlibat atas nama pelaburan melalui ‘Alphonse de Rothchilds’. Bapanya James Rothschilds membuka cawangan French Rothchilds Bank di Istanbul.
Kerja-kerja untuk penubuhan bank pusat akhirnya berjaya dengan tertubuhnya ‘La Bank Imperiale Ottomane’ pada tahun 1863 dengan bantuan Yahudi bernama Emil dan Isaac Pereire. Ini model yang menjadi superbank seterusnya dari Bank pusat kepada Bank Dunia dan International Monetary Fund.
Bank ini menjadi bankers bank dengan deposit, pengumpul dan pengedaran kredit. Ia akan menentukan kadar antara Bank, memberi pinjaman, mengurus jual beli, membincang pembelian komoditi, memberi dana, melibatkan diri dalam projek pelaburan dan mengeluarkan serta mencetak wang baru.
Bank Camondo hanyalah bank biasa. Ottoman bank pula ialah bank dengan dana tempatan. Seterusnya bank baru Imperial Ottoman bank menjadi Bank Pusat dengan dana antarabangsa. Satu system ‘penguasaan kewangan’ telah diletakkan batu asasnya di situ.
Bank ini akan menyerap masuk dalam setiap aktiviti masyarakat bermula dari kedai runcit lagi. Tiada aktiviti masyarakat yang terlepas dari sistem Bank. Dari aktiviti jual beli, simpanan, seterusnya dana kewangan dan pelaburan, semuanya melibatkan bank.
MEREKA BERJAYA MENJADI TUAN KEPADA DUNIA (Masters of the Worlds). Pada tahun 1858 bankers Yahudi telah meletakkan syarat pinjaman dengan ‘jaminan tranformasi sosial’ kepada Kerajaan Othmaniah. Ini menunjukkan sistem ekonomi hutang berkait rapat dengan ‘kejuruteraan sosial’.
PADA WAKTU ITU JIZYAH SUDAH BERKUBUR. Bank Yahudi bertapak, sistem politik Nasrani Kristian sudah jadi penggerak Empayar Othmaniah ! Hak menandatangani kerajaan tergadai kepada peminjam wang. Tahun itu juga, ‘undang-undang tanah baru’ menafikan hak Sultan. Seterusnya tahun 1867, ORANG ASING DIBENARKAN MEMBELI TANAH.

STRATEGI DI SEBALIK PROJEK KERETAPI
Projek keretapi menghubungkan Istanbul ke Vienna. Austria dikatakan akan menghubungkan dunia Islam dan Eropah. Oleh kerana projek ini begitu besar, begitu jugalah besarnya peranan penipuan oleh bank-bank Yahud di London, Paris dan Brussel dalam membiayai projek ini dengan bon-bon kerajaan Othmaniah.
Pada tahun 1873 berlaku ‘Crash 1873 ‘ yang membawa kepada kejatuhan nilai bon-bon tersebut. Projek ini bukan sahaja pembangunan fizikal dalam bentuk ‘konkrit bangunan’ semata-mata. Ia suatu gerakan yang mengatasi ruang lingkup sempadan nasional dan bangsa, tetapi didalangi dengan angka-angka pada dokumen kewangan yang dipanggil saham dan bon.
Pada tahun 1875 Kerajaan Othmaniah DI ISTIHARKAN MUFLIS kerana tidak mampu membayar hutang. Suruhanjaya Asing dilantik mewakil pemegang saham asing. Kerajaan terpaksa mengenakan CUKAI TERHADAP RAKYAT.
Serbia memberotak. Bosnia diserahkan kepada Austria di bawah bendera Othmani. Jalan keretapi tidak siap tetapi separuh dari perniagaan laut telah jatuh ke tangan British.
Kesan mengurangkan perjalanan dari Vienna ke Istanbul dari seminggu ke 40 jam ialah KEJATUHAN KHILAFAH OTHMANIAH itu sendiri.
Sultan Abdul Hamid menjadi Khalifah pada tahun 1876. Beliau mahu kembali kepada pemerintahan asal Othmaniah sebelum reformasi tanzimat. Beliau menolak sistem hiraki barat dan mahukan sistem topkapi dan imaret diperintah oleh keluarga diraja Othmaniah semula. Beliau tidak percaya kepada pegawai-pegawai yang berkhidmat sebelumnya. Secara beransur-ansur beliau mengurangkan peranan mereka dalam kerajaan dan akhirnya beliau BERJAYA MENGURANGKAN HUTANG KERAJAAN.
Pada tahun 1896, perwakilan Zionis telah menemui beliau. Demi mendapatkan Palestin, mereka tawarkan untuk memperbaiki keadaan krisis kewangan yang dihadapi oleh kerajaan Othmaniah.
Bagaimana golongan yang tidak mempunyai tanahair sendiri boleh membuat tawaran kepada pewaris salah satu empayar terbesar dunia? Jawapannya ialah satu bentuk KUASA BARU TELAH MUNCUL. Kuasa bank telah mengatasi kuasa kerajaan atau kuasa politik. Kuasa tidak lagi dalam bentuk ketenteraan tetapi dalam bentuk jumlah nombor wang dalam bank. Politik dijadikan alat untuk mengawal masyarakat sahaja. Kuasa politik pula dijadikan alat bank untuk menjayakan projeknya.
Sultan Abdul Hamid bertegas. Beliau telah mengungkapkan kata-kata bersejarah yang ditujukan kepada Herzl melalui utusan yang dihantar untuk perundingan tersebut :
“Saya cadangkan supaya dia (Hezrl) tidak meneruskan usaha mendapatkan tanah Palestin. Saya tidak akan menjualnya walau sejengkal kerana ianya bukan milik saya, tetapi milik rakyat saya. Mereka telah membentuk dan mengekalkan Empayar ini dengan pengorbanan dan darah. Kami akan pertahankannya dengan darah kami sebelum menyerahkannya kepada sesiapapun. Puak yahudi boleh simpan sahaja wang mereka yang banyak itu. Bila Empayar ini berpecah nanti, maka mereka bolehlah ambil Palestin secara percuma. Tetapi mesti langkah mayat kami dahulu, dan saya tidak akan membenarkan ianya berlaku atas sebab apapun..”
Akhirnya Sultan Abdul Hamid digulingkan pada tahun 1908. Pada tahun itu juga, pejabat pertama zionis di buka di Palestin di bawah firma Rohschilds. Maka berakhirlah empayar Othmaniah walaupun ia masih belum secara rasmi sehingga tahun 1924.

KESIMPULAN
Perhatikan bagaimana sejarah kembali berulang. Bagaimana dirancang pembangunan, berjual beli dengan hutang dalam agenda memufliskan dan menawan sebuah negara.
Bila sudah dicekik sampai lemas, Zionis akan masuk dengan skrip membebaskan hutang melalui sistem kewangan ciptaan mereka. Mangsanya adalah rakyat yang menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada pemimpin untuk membela nasib mereka.
Pattern sejarahnya sama sahaja kerana mereka menggunakan ilmu keruruteraan sosial yang sama. Kita digula-gulakan dengan pembangunan projek mega, ditawarkan hutang dan hujungnya menggadai negara melalui bon, sukuk, emas dan hasil negara.
Semuanya terjadi kerana wang. Sistem ekonomi dan pengurusan hazanah negara melalui konsep baitulmal ciptaan Islam ditinggalkan dan diganti dengan sistem beracun ciptaan musuh Islam yang sengaja direka untuk melemahkan dan membunuh kita.
Ini bukan rekayasa seperti amalan biasa keyboard warrior. Kita sedang berhadapan dengan satu agenda besar tanpa kebanyakan dari kita sedar dan percaya. Cendiakawan kewangan kita yang sedang menasihati pemimpin negara juga tidak ‘merasa sesuatu yang pelik’ kerana ekosistem ilmu mereka juga sudah diadun dari sumber yang sama.
Kita perlukan evolusi dan revolusi yang mantap, bukan sekadar reformasi dan transformasi yang flip flop dan bersifat wal hasil balik asal.
Oleh itu, kami yakin khilaf ini akibat liciknya musuh negara, juga kerana kejahilan serta kelalaian pemimpin dan para penasihatnya. Daripada marah dan kecewa, kita sudah mula kasihan dan simpati pada kejahilan mereka. Tidak dapat kami bayangkan betapa setiap malam adalah mimpi ngeri bagi para pemimpin negara yang memikirkannya (kecuali yang jenis 'happy go lucky').
Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk saling ingat mengingati dan nasihat menasihati, dengan sabar dan penuh kasih sayang. Khilaf yang telah berlaku harus kita sama-sama bantu mencari penyelesaiannya, bukan sekadar mengutuk dan menyumpah semata-mata. Jika gagal, kita semua bakal menanggung akibatnya samada suka mahupun terpaksa. Sekali terjajah, berabad kita bakal menderita.

Sumber: DiSini

Sunday, 19 July 2015

Wednesday, 8 July 2015

Sejarah Dinar Emas Dirham Perak Islam (C&P)




Sejarah telah membuktikan bahawa emas dan perak merupakan alat pertukaran (Medium of Exchange) paling stabil yang pernah diperkenalkan di dunia.
Peradaban Islam di era keemasan selama berabad-abad menjelma menjadi salah satu kekuatan ekonomi dunia. Tak hairan, jika pada masa itu, khalifah Islam sudah memiliki mata wang sendiri bernama dirham (syiling perak) dan dinar (syiling emas). Dengan menggunakan kedua matawang itu, ekonomi di dunia Islam tumbuh dengan begitu pesat.

Sejarah penggunaan perak dan emas sebagai alat pertukaran, sejatinya telah berkembang jauh sebelum Islam hadir. Para peneliti sejarah Dirham menemukan fakta bahwa perak sebagai alat pertukaran sudah digunakan pada zaman Nabi Yusuf AS. Hal itu diungkapkan dalam Alquran, surat Yusuf ayat 20. Dalam surat itu tercantum kata darahima ma’dudatin (beberapa keping perak).

”Dan mereka menjual Yusuf dengan harga yang murah yakni beberapa dirham saja, dan mereka tidak tertarik hatinya kepada Yusuf,” (Alquran, surat 12:20). 

Tiga peneliti jejak dirham yakni MSM Syaifullah, Abdullah David, dan Muhammad Ghoniem dalam tulisannya berjudul Dirham in the Time of Joseph? menuturkan pada masa itu peradaban Mesir Kuno telah menggunakan perak sebagai alat tukar.

Sejarah mencatat, masyarakat Muslim sendiri mengadopsi penggunaan dirham dan dinar dari peradaban Persia yang saat itu dipimpin oleh Raja Sasan bernama Yezdigird III. Bangsa Persia menyebut matawang syiling perak itu dengan sebutan drachm. Umat Islam mulai memiliki dirham dan dinar sebagai alat transaksi dimulai pada era kepemimpinan Khalifah Umar bin Khattab RA.
Meski begitu, Rasululah SAW sudah memprediksikan bahwa manusia akan terlena dan tergila-gila dengan wang. Dalam salah satu hadits, Abu Bakar ibnu Abi Maryam meriwayatkan bahwa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, 

”Masanya akan tiba pada umat manusia, ketika itu tidak ada apapun yang berguna selain dinar dan dirham.” (Masnad Imam Ahmad Ibn Hanbal).

Pertama kali umat Islam menggunakan dirham pada tahun 642 M atau satu dekad setelah Rasulullah SAW wafat. Khaifah Umar bin Khattab memutuskan untuk menggantikan drachma dengan dirham. Sedangkan syiling dirham pertama kali dicetak umat Islam dicetak pada tahun 651 M pada era kepemimpinan Utsman bin Affan. Dirham pertama itu mencantumkan tulisan bismillah.
Laiknya drachm, dirham berbentuk ceper serta tipis. Diameternya mencapai 29 mm dan beratnya antara 2,9 – 3,0 gram. Dari sisi berat, dirham lebih ringan dari drachm yang mencapai 4 gram. Sejak itulah, tulisan ‘bismilah’ menjadi salah satu ciri khas syiling yang dicetak oleh peradaban Islam.
Selain itu, syiling dirham-dinar yang dicetak umat Islam pada masa keemasan mencantumkan nama ketua negara atau amir atau khalifah. Fakta sejarah menunjukan bahwa kebenyakan kepingan dirham dan dinar yang dicetak pada masa Khulafa Arrasyidin mencantumkan tahun Hijriyah sebagai penanda waktu syiling dirham atau dinar itu dicetak.

Pemerintahan Muslim di bawah kepemimpinan Khalifah Umar bin Khattab pun telah menetapkan standar syiling dirham dan dinar. Berdasarkan standar yang telah ditetapkan, berat 7 dinar setara dengan 10 dirham. Khalifah Umar bin Khattab pun telah menetapkan standard dinar emas yakni memakai emas dengan kadar 22 karat dengan berat 4,25 gram.
Sedangkan dirham perak haruslah menggunakan perak murni dengan berat 3,0 gram. Keputusan itu telah menjadi ijma ulama pada awal Islam dan pada masa para sahabat dan tabi’in. Sehingga menurut syari’ah, 10 dirham setara dengan 7 dinar emas. Hasil ijma itu menjadi pegangan, sehingga nilai perbandingan dinar dan dirham bisa tetap sesuai.

Namun, pada tahun 64 H/684 M, untuk pertama kalinya nilai dirham berkurang. Hal itu terjadi akibat keputusan ‘Ubaid Alih ibn Ziyad untuk mencampurkan logam lain pada dirham. Sepuluh tahun kemudian, di era kepemimpinan Khalifah Abdalmalik, mula dicetak syiling emas dengan berat 4,4 gram dengan mencantumkan tulisan ‘Dinar’.

Tiga tahun kemudian, kekahlifahan Islam di bawah kepemimpinan Abdalmalik kembali mencetak cetak lagi dinar yang bobotnya berubah menjadi 4,25 gram — mengikuti standard yang ditetakan Khalifah ‘Umar bin Khattab RA. Pada tahun 75 H/695 M, Khalifah Abdalmalik memerintahkan Al-Hajjaj untuk mencetak dirham dan menggunakan standar yang ditetapkan di era Umar bin Khattab.

Syiling perak bertulisan ‘dirham’ itu dengan berat 2.975 gram dan berdiameter 25 – 28 mm. Setiap syiling yang dicetak pada saat itu bertuliskan kalimat tauhid yakni: ”Allahu ahad, Allahu samad”. Sejak saat itu, dilakukan penghentian penggunaan gambar wujud manusia dan binatang dari matawang peradaban Islam itu. Sebagai gantinya digunakan huruf-huruf.

Dinar dan dirham lazimnya berbentuk bundar. Selain itu, tulisan yang tercetak pada dua sisi syiling emas dan perak itu memiliki tata letak yang melingkar. Pada satu sisi mata syiling tercantum kalimat ‘tahlil’ dan ‘tahmid’, yaitu:”La ilaha ill’Allah’ dan ‘Alhamdulillah’. Sedangkan di sisi mata syiling sebelahnya tertera nama ketua negara (amir) dan tahun pencetakkan. Selain itu, terdapat suatu kelaziman untuk menuliskan shalawat kepada Rasulullah SAW dan ayat-ayat Al-Quran dalam syiling dirham dan dinar itu.

Matawang dinar dan dirham pun menjadi matawang rasmi dinmasti maupun kerajaan Islam yang tersebar di berbagai penjuru. Penggunaan dinar dan dirham perlahan mulai menghilang setelah jatuhnya masa kejayaan Khilafah Islam. Ketika dunia dilanda era kolonialisme Barat, bermulalah diterapkan penggunaan wang kertas.
Sejarah telah membuktikan bahwa emas dan perak merupakan alat pertukaran paling stabil yang pernah dikenal dunia. Sejak awal sejarah Islam sampai saat ini, nilai dari matawang Islam yang didasari oleh matawang bimetal ini secara mengejutkan sangat stabil jika dihubungkan dengan bahan makanan pokok. Nilai inflasi matawang ini selama 14 abad lamanya adalah nol. Adakah matawang yang stabil seperti itu saat ini?



Wang syiling  pada Zaman Khilafah


* Syiling Khilafah Umayyah (661 M – 750 M)

Di awal kekuasaannya, Dinasti Umayyah menggunakan syiling perak Sassanin di wilayah Irak dan Iran. Sedangkan, di Suriah dan Mesir kehalifahan Umayyah menggunakan syiling emas dan tembaga. Sebagai bagian dari upaya untuk menyatukan wilayah-wilayah yang dikuasainya, Khalifah Abdalmalik bin Marwan (685 M – 705 M) mulai mencetak syiling emas pada tahun 961 M.
Di pinggiran syiling emas itu tertulis kalimat bismilah dan syahadat. Dua tahun berikutnya, Dinasti Umayyah mencetak syiling perak atau dinar. Dalam syiling itu tercantum kalimat bismilah. syiling emas pada zaman itu dicetak secara khusus di Damaskus – ibu kota Dinasti Umayyah. Sedangkan, syiling perak dan tembaga dicetak di kota-kota yang dikuasai Umayyah. Pada era khalifah selanjutnya, Dinasti Umayyah mencetak dinar yang bernilai setengah dan sepertiga dinar. Ukuran dan beratnya jauh lebih kecil dan ringan dengan uag syiling bernilai satu dinar. Setelah menguasai Afrika Utara dan Spanyol – penguasa Umayyah mulai membangun percetakan wang syiling di wilayah tersebut. Khalifah pun bertanggung jawab untuk memastikan kemurnian dan berat syiling yang dicetak.

* Syiling Khilafah Abbasiyah (750 M – 1258 M)

Ketika kekuasaan Khilafah Umayyah jatuh, percetakan syiling di Damaskus pun ditutup. Di era awal kekuasaannya, Dinasti Abbasiyah mulai mencetak syiling di Kufah – ibu kota pertama Abbasiyah. Khalifah Al-Mansur pun mulai membangun Baghdad dan memulakan percetakan dirham di kota itu. syiling emas mulai dicetak pada era kekuasaan Khalifah Harun Ar-Rasyid yag naik tahta pada tahun 786 M. Harun mencetak syiling emas atas nama gabenor Mesir. Pada masa itu, Abbasiyah memiliki dua tempat percetakan wang, yakni di Baghdad serta di Fustat – Kairo Tua. Percetakan syiling di Mesir terbilang produktif. Setiap cetakan syiling dari wilayah itu selalu menggunakan nama gabenor yang didedikasikan bagi khalifah. Khalifah Al-Ma’mun (813 M) yang menggantikan Harun Ar-Rasyid mulai mencetak berbagai jenis syiling. Dengan ciri-ciri artistik yang tinggi, Al-Ma’mun memperbaiki penampilan syiling. Sehingga syiling yang dicetak tampak lebih indah. Ditambah tulisan yang tertera pada syiling menggunakan tulisan indah khas Kufah atau Kufi.

*Syiling Andalusia (711 M – 1494 M)

berbeza dengan wilayah Arab lainnya yang ditaklukkan Islam yang menggunakan syiling ketua negara sebelumnya, ketua negara Islam mencetak khusus syiling emas yang baru ketika menguasai Spanyol pada 711 M. Tulisan yang tercantum dalam syiling itu adalah huruf latin. Dinar khas Andalusia itu dicetak secara langsung di kota itu. Pada tahun 720 M, syiling Arab asli pertama kali masuk ke wilayah itu. Gaya dan tulisan yang tercantum dalam syiling itu menandakan bahwa dinar itu berasal dari Arab Afrika Utara yang dicetak setahun sebelumnya.
Muslim di Andalusia juga mulai memakai syiling yang bernilai setengah dinar yang dicetak di Damaskus pada 719 M. syiling emas terakhir yang dicetak di Andalusia dicetak pada era Nasrid Granada (1238 M – 1492 M).

* Syiling Khilafah Fatimiah (909 M – 1171 M)

Tiga khalifah pertama dari Khilafah Fatimiyah yang berkuasa dari tiga ibu kota berbeza yakni, Quayrawan, Al-Mahdiya, dan Sabra-Mansuriyah mencetak syiling emas dan perak sesuai dengan kebiasaan ortodok Sunni. Pada tahap awal, dinar yang dicetak Al-Mahdi mengikut model dan ukuran serta rekabentuk yang digunakan Dinasti Aghlabid. Pada tahun 912 M, dinasti itu mulai mencetak dinar yang ringan dan berukuran lebih besar dengan menggunakan tulisan indah Kufi.
Pada tahun 922 M, percetakan wang dipindahkan ke Al-Mahdiyah dan lalu ke Al-Mansuriyah. Khalifah Al-Qa’im pada tahun 934 M mula menukar rekabentuk dan mula mengadaptasi tulisan indah Kufi. Syiling yang bernilai seperempat (1/4) dinar juga dicetak pada pemerintahan itu dari wilayah kekuasaannya di Sicilia. Ciri khas syiling Fatimiyah yang beraliran Syiah adalah pernyataan yang mengungkapkan pertaliannya dengan Ali bin Abi Thalib.



Sumber di SINI

Tuesday, 5 August 2014

Dinar... Dirham... matawang @ currency









1. History of the Dinar & Dirham


In the beginning the Muslims used gold and silver by weight and the dinar and dirhams that they used were made by the Persians.

The first dated coins that can be assigned to the Muslims are copies of silver dirhams of the Sassanian Yezdigird III, struck during the Khalifate of Uthman, radiy'allahu anhu. These coins differ from the original ones in that an Arabic inscription is found in the obverse margins, normally reading "in the Name of Allah". Since then the writing in Arabic of the Name of Allah and parts of Qur'an on the coins became a custom in all mintings made by Muslims.

Under what was known as the coin standard of the Khalif Umar Ibn al-Khattab, the weight of 10 dirhams was equivalent to 7 dinars (mithqals).

In the year 75 (695 CE) the Khalifah Abdalmalik ordered Al-Hajjaj to mint the first dirhams, thus he established officially the standard of Umar Ibn al-Khattab. In the next year he ordered the dirhams to be minted in all the regions of the Dar al-Islam. He ordered that the coins be stamped with the sentence: "Allah is Unique, Allah is Eternal". He ordered the removal of human figures and animals from the coins and that they be replaced with letters.

This command was then carried on throughout all the history of Islam. The dinar and the dirham were both round, and the writing was stamped in concentric circles. Typically on one side it was written the "tahlil" and the "tahmid", that is, "la ilaha ill'Allah / لا إله إلا الله" and "alhamdulillah / الحمد لله‎"; and on the other side was written the name of the Amir and the date. Later on it became common to introduce the blessings on the Prophet, salla'llahu alayhi wa sallam, and sometimes, ayats of the Qur'an.

Gold and silver coins remained official currency until the fall of the Khalifate. Since then, dozens of different paper currencies were made in each of the new postcolonial national states created from the dismemberment of Dar al-Islam.

Allah says in the Qur'an:

And amongst the People of the Book there are those who, if you were to entrust them with a treasure (qintar), he would return it to you. And amongst them is he who, if you were to entrust him with a dinar would not return it to you, unless you kept standing over him. Qur'an (3,75)
Qadi Abu Bakr Ibn al-Arabi, the greatest authority on Qur'anic Law wrote in his famous "Ahkam al-Qur'an" about this ayat:

"The benefit that can be taken from this is the prohibition of entrusting the People of the Book with goods".

Qadi Abu Bakr said: "The question concerning entrusting property is legislated by the text of Qur'an." This means that the ayat is a legal judgement of absolute validity and of the greatest importance to the deen.

Entrusting wealth to non-Muslims is not allowed, but furthermore, taking a non-Muslim as a partner outside Dar al-Islam (where we stand over them) is extremely restricted, because they might cheat or might use our wealth in forbidden transactions.

Since paper-money is a promise of payment, can it be permitted to trust the issuers while they hold the payment (our property) outside our jurisdiction? History has also demonstrated repeatedly that paper money has been a permanent instrument of default and cheating the Muslims. In addition, Islamic Law does not permit the use of a promise of payment as a medium of exchange.
 

2. What are the Dinar & Dirham



According to Islamic Law...

The Islamic Dinar is a specific weight of 22k gold (917.) equivalent to 4.25 grams.

The Islamic Dirham is a specific weight of pure silver equivalent to 3.0 grams.

Umar Ibn al-Khattab established the known standard relationship between them based on their weights: "7 dinars must be equivalent to 10 dirhams."

"The Revelation undertook to mention them and attached many judgements to them, for example zakat, marriage, and hudud, etc., therefore within the Revelation they have to have a reality and specific measure for assessment [of zakat, etc.] upon which its judgements may be based rather than on the non-shari'i [other coins].

Know that there is consensus [ijma] since the beginning of Islam and the age of the Companions and the Followers that the dirham of the shari'ah is that of which ten weigh seven mithqals [weight of the dinar] of gold. . . The weight of a mithqal of gold is seventy-two grains of barley, so that the dirham which is seven-tenths of it is fifty and two-fifths grains. All these measurements are firmly established by consensus." Ibn Khaldun, Al-Muqaddimah
How are the Islamic dinar used?

  • The Islamic Dinar can be used to save because they are wealth in themselves.
  • They are used to pay zakat and dowry as they are requisite within Islamic Law.
  • They are used to buy and sell since they are a legitimate medium of exchange.

3. Using the Dinar & Dirham


Gold and silver are the most stable currency the world has ever seen.

From the beginning of Islam until today, the value of the Islamic bimetallic currency has remained surprisingly stable in relation to basic consumable goods:

A chicken at the time of the Prophet, salla'llahu alaihi wa sallam, cost one dirham; today, 1,400 years later, a chicken costs approximately one dirham.

In 1,400 years inflation is zero.

Could we say the same about the dollar or any other paper currency in the last 25 years?

In the long term the bimetallic currency has proved to be the most stable currency the world has ever seen. It has survived, despite all the attempts by governments to transform it into a symbolic currency by imposing a nominal value different from its weight.

Reliability

Gold cannot be inflated by printing more of it; it cannot be devalued by government decree, and unlike paper currency it is an asset which does not depend upon anybody's promise to pay.

Portability and anonymity of gold are both important, but the most significant fact is that gold is an asset that is no-one else´s liability.

All forms of paper assets: bonds, shares, and even bank deposits, are promises to repay money borrowed. Their value is dependent upon the investor's belief that the promise will be fulfilled. As junk bonds and the Mexican peso have illustrated, a questionable promise soon loses value.

Gold is not like this. A piece of gold is independent of the financial system, and its worth is underwritten by 5,000 years of human experience.



4. The Importance of Paying Zakat with Dinar & Dirham


"Islam is based on five: testifying that there is no god but Allah and that Muhammad is the Messenger of Allah, establishing the prayer, paying the Zakat, the Hajj and the fast of Ramadan."

Zakat cannot be paid with a promise of payment

Zakat can only be paid with tangible merchandise, called in Arabic 'ain. It cannot be paid with a promise to pay or a debt, called in Arabic dayn.

From the beginning the zakat was paid with dinars and dirhams. Most significant is that the payment of zakat was never allowed in paper money during all the ottoman period right until the fall of the Khalifate.

Shaykh Muhammad Alish (1802-1881), the great Maliki Qadi, said that if you were to pay zakat with paper-money only its value as merchandise ('ayn), that is, its value as paper can be accepted. Therefore, its nominal value is irrelevant as payment of zakat.

"If the Zakat was obligatory by considering its substance as a merchandise, then the nisab would not be stipulated according to its value but according to its substance and its quantity, as is the case with silver, gold, grain or fruits. Since its substance [paper] is irrelevant [in value] in respect to the Zakat, then it should be treated as the copper, iron or other similar substances."

Fatwa of Shaykh Alish

Payment of Zakat is perfectly explained and regulated in the Islamic jurisprudence. For centuries when Islamic Law was enforced by a Caliph or an Amir, the Zakat was collected in gold and silver. When paper-money was being first introduced, during the last century by the colonial powers the traditional ulema rejected it as being opposed to Islamic Law. According to them paper money was to be treated as fulus or lower category of currency with limited used, basically just as small change. It is, for example, not allowed to make a qirad with fulus. Among those ulema, stands out the famous scholar of magrebi ascendance, Shaykh Muhammad Alish (1802-1881) who was the Shaykh of the Shaykhs of Maliki fiqh in the University of Al-Azhar in Egypt. He wrote in his Fatwa.

"What is your judgement in respect to the paper with the stamp of the Sultan that circulates like the dinars and the dirhams? Is it obligatory to pay Zakat as if it was a coin of gold or silver, or merchandise, or not?"

I responded exactly in the following way:

"Praise belongs to Allah and blessing and peace upon our Master Muhammad, the Messenger of Allah."

"Zakat is not to be paid for it, because Zakat is restricted to the flocks, certain type of grains and fruits, gold and silver, the value of rotational merchandise and the price of the goods withheld. What is referred previously does not belong to any of these categories."
You will find an explanation by comparison with the copper coin or fulus with the stamp of the Sultan which is in circulation and for which no Zakat is paid since it does not belong to any of the categories mentioned. It says in the "Mudawwana": "Those who posses fulus for over a year for a value of 200 dirhams does not need to pay Zakat unless is used as a rotational merchandise. Then, it should be treated as if it was a merchandise."

In the "At-Tiraz", after mentioning that Abu Hanifa and Ash-Shafi'i obliged to pay Zakat for the fulus, [is stated that] since both affirm that the payment of Zakat is from value, and considering that Shafi'i has two contradictory opinions about the subject, the opinion of the school is that there is no obligation to pay Zakat for the fulus since there is no discrepancies about the fact that what counts with respect to the fulus is not its weight or its quantity but only its given value. If the Zakat was obligatory by considering its substance as a merchandise, then the nisab would not be stipulated according to its value but according to its substance and its quantity, as is the case with silver, gold, grain or fruits. Since its substance [paper] is irrelevant [in value] in respect to the Zakat, then it should be treated as the copper, iron or other similar substances.

And Allah, ta'ala, is the Wisest. And may Allah bless and give peace to our Master Muhammad and his family.

(Translated from the "Al-Fath Al-'Ali Al-Maliki" pp. 164-165).

This Fatwa considers paper-money to be fulus, because it only represents money and does not have value as merchandise. It follows that since Zakat cannot be paid in fulus, which has no value as merchandise, it cannot be paid in paper-money, which value as weight of paper is null. On this basis, it becomes clear the urgent need to restore the use of the Dinar and the Dirham as payment of Zakat. If the millions of Muslims who now make their payment of Zakat in paper money would do it in newly minted Dinars and Dirhams, they will put in circulation millions of gold and silver coins into the mainstream of daily commercial activities of our communities. That single act will became the most important political act of the century, opening the path towards the establishment our own halal free currency breaking away from the usurious financial system.

The return to the payment of zakat in gold and silver is an essential part of the reestablishment of Islam.